- JBS Sarawak
- Hits: 13
KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN 2026 BAHAGIAN SAMARAHAN : ENTITI PENTING GILAS JATI DIRI, BENTUK HALA TUJU GENERASI MUDA
- JBS Sarawak
- Hits: 13
Disediakan oleh : NL
SAMARAHAN, 26 Julai – Seramai 50 orang belia dari sekitar Bahagian Samarahan telah menyertai Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Tahun 2026 Peringkat Bahagian Samarahan yang diadakan di SMK Sebuyau.
Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 24 sehingga 26 Julai lalu itu bertujuan untuk melahirkan pelapis generasi muda yang berdisiplin dan mempunyai hala tuju yang jelas. Terdapat 4 buah sekolah yang terlibat iaitu SMK Sebuyau, SMK Sri Sadong, SMK Simunjan No,1 dan SMK Gedong.
Antara objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia berhubung matlamat hidup mereka. Selain itu, pengisian kem turut menekankan aspek tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, agama, bangsa, dan juga negara.
Majlis perasmian penutupan program tersebut telah disempurnakan oleh Residen Bahagian Samarahan, YBhg Tuan Mohamad Irwan Bin Bahari Bujang.
Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengingatkan para peserta agar sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai murni demi mendepani cabaran masa hadapan. Beliau turut memuji komitmen para peserta yang memberikan kerjasama penuh sepanjang program berlangsung.
Pihak penganjur berharap agar kesemua 50 peserta yang terlibat dapat memanfaatkan segala input yang diperolehi dan menjadi agen perubahan yang positif dalam komuniti masing-masing selepas tamatnya kem ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#PBSBSamarahan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
