- JBS Sarawak
- Hits: 15
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT BAHAGIAN SAMARAHAN TAHUN 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 15
Disediakan oleh : MLA
Samarahan, 28 Julai 2026 – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Bahagian Samarahan Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Batang Sadong, Pejabat Residen Bahagian Samarahan dengan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan serta pertubuhan belia bagi membincangkan isu, keperluan dan pembangunan belia di Bahagian Samarahan.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Residen Bahagian Samarahan, Tuan Mohamad Irwan bin Bahari Bujang. Turut hadir ialah En. Abu Zaid bin Abu Bakar, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan.
Program ini disertai oleh wakil daripada pelbagai agensi dan organisasi termasuk TEKUN Nasional selaku pembentang kertas kerja, IPD Samarahan, Jabatan Kebajikan rakat Bahagian Samarahan, Pejabat Daerah Samarahan, Pejabat Residen Bahagian Samarahan, Pejabat Agama Islam Bahagian Samarahan, ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan, GIATMARA Kota Samarahan, Kelab Belia Sejati Sadong, dan Kelab Rakan Muda Samarahan.
Sepanjang majlis berlangsung, TEKUN Nasional telah menyampaikan pembentangan berkaitan peluang pembiayaan dan bantuan keusahawanan kepada belia, di samping sesi perbincangan yang memberi ruang kepada semua agensi berkongsi pandangan, cadangan serta inisiatif masing-masing dalam memperkukuhkan pembangunan belia di Bahagian Samarahan.
Penganjuran Majlis Perundingan Belia Negara ini bertujuan untuk:
· Mengukuhkan kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan pertubuhan belia dalam merancang pembangunan belia di Bahagian Samarahan.
· Menjadi platform perundingan bagi membincangkan isu, cabaran serta keperluan semasa golongan belia.
· Menyelaras pelaksanaan program dan inisiatif pembangunan belia secara lebih bersepadu dan berkesan.
· Menggalakkan penglibatan aktif belia dalam pembangunan komuniti serta menyokong agenda pembangunan negara.
· Memperkasa belia melalui perkongsian maklumat mengenai peluang pendidikan, kemahiran, keusahawanan dan kebajikan.
Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Bahagian Samarahan merupakan platform penting dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama antara kerajaan dan pertubuhan belia, sekali gus memastikan suara serta aspirasi golongan belia terus diberi perhatian dalam merangka dasar dan pelaksanaan program pembangunan di peringkat bahagian.
