Kursus Pengurusan Rekod Jabatan Tingkat Kecekapan Pengurusan Dokumen

Kursus Pengurusan Rekod Jabatan Tingkat Kecekapan Pengurusan Dokumen

Kursus Pengurusan Rekod Jabatan Tingkat Kecekapan Pengurusan Dokumen
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak

KUCHING, 3 Ogos 2026 – Kursus Pengurusan Rekod Jabatan telah berlangsung dengan jayanya pada 28 hingga 30 Julai 2026 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Penganjuran kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kefahaman peserta mengenai pengurusan rekod yang sistematik selaras dengan dasar serta peraturan pengurusan rekod sektor awam.  Puan Margaret Sawing dan Puan Pamela Connie Eddie Saga merupakan wakil peserta dari PBSB Kuching.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah didedahkan kepada pelbagai topik penting, antaranya prinsip pengurusan rekod, pengkelasan fail, pengendalian rekod aktif dan tidak aktif, pelupusan rekod mengikut prosedur yang ditetapkan, serta pemeliharaan rekod yang mempunyai nilai arkib. Selain sesi ceramah, peserta turut mengikuti latihan praktikal dan perbincangan berkumpulan bagi memperkukuh pemahaman terhadap amalan terbaik dalam pengurusan rekod jabatan.

Kursus berakhir dengan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta sebagai penghargaan atas komitmen dan penglibatan aktif sepanjang tempoh tiga hari penganjurannya. Diharapkan ilmu serta kemahiran yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam urusan harian bagi memperkukuhkan sistem pengurusan rekod di jabatan masing-masing.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#rakandemokrasi

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-08-2026, 17:04:15

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search