Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kerja Program Sarawakku Sayang Peringkat Bahagian Betong Bilangan 3 Bagi Tahun 2026

Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kerja Program Sarawakku Sayang Peringkat Bahagian Betong Bilangan 3 Bagi Tahun 2026

Disediakan oleh: Az, JBSN Sarawak 

BETONG, 31 Julai 2026 – Satu Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kerja Program Sarawakku Sayang Peringkat Bahagian Betong Bilangan 3 bagi tahun 2026 telah dilaksanakan pada 30 Julai 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Kenyalang Pejabat Residen Bahagian Betong. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Datu Richard Michael Abunawas, Residen Bahagian Betong. 

Program Sarawakku Sayang Peringkat Bahagian Betong dipinda daripada tarikh asal 4 hingga 6 September 2026 kepada 11 -13 September 2026. Program tersebut akan berlangsung di Kompleks Sukan Betong. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat ialah pembentangan laporan oleh setiap jawatankuasa, aspek keselamatan, persiapan program serta perkara-perkara lain yang berkaitan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Cik Azira binti A. Manan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan serta Cik Jojo anak Tehan, Pembantu Belia dan Sukan dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-08-2026, 17:04:15

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search