PROGRAM RAKAN PRIHATIN : MOBILISASI SUKARELAWAN RAKAN MUDA SIRI 2 SANTUNI KOMUNITI KAMPUNG MOYAN LAUT SEMANGAT KESUKARELAWANAN BELIA SAMARAHAN

PROGRAM RAKAN PRIHATIN : MOBILISASI SUKARELAWAN RAKAN MUDA SIRI 2 SANTUNI KOMUNITI KAMPUNG MOYAN LAUT SEMANGAT KESUKARELAWANAN BELIA SAMARAHAN

Disediakan oleh : NL

SAMARAHAN, 28 Julai 2026 – Seramai 90 orang peserta belia telah menyertai Program Rakan Prihatin: Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda (Sosial & Pasca Bencana) Tahun 2026 Peringkat Bahagian Samarahan (Siri 2) bertempat di Masjid Darul Naim, Kampung Moyan Laut, Asajaya pada 22 Julai lalu.

Program berimpak tinggi anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan ini bertujuan memperkasa usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam melahirkan sukarelawan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, beretika, serta mempunyai nilai kesukarelawanan yang tinggi.

Melalui program ini, para belia diberi pendedahan secara praktikal (hands-on) dalam merancang dan melaksanakan aktiviti kesukarelawanan di peringkat akar umbi. Penglibatan aktif ini juga terbukti menyumbang kepada kesejahteraan kesihatan mental belia melalui peningkatan keyakinan diri dan kemahiran sosial.

Selain menjadi pengisi masa lapang yang bermanfaat bagi mengelakkan belia terjebak dalam gejala sosial dan jenayah, penganjuran aktiviti seumpama ini turut memupuk semangat cintakan negara serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

Aktiviti dimulakan dengan sesi senamrobik bagi memupuk kecergasan, diikuti dengan taklimat khas kesukarelawanan sebelum para peserta penuh bertenaga menjayakan aktiviti gotong-royong pembersihan di sekitar kawasan masjid.

Kejayaan program ini turut dijayakan bersama barisan rakan strategik yang komited termasuk Persatuan Belia Samarahan, Kelab Sukan Kecergasan Kota Samarahan, JKK Masjid Darul Naim Kampung Moyan Laut, Ranting Wanita Kampung Moyan Laut, Wanita PBB Daerah Asajaya, dan PERKIM Daerah Asajaya.

 Kemuncak program menyaksikan Encik Abu Zaid Bin Abu Bakar, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan, menyempurnakan upacara penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata kepada Pengerusi Masjid Darul Naim, Encik Bana Bin Keri, serta wakil rakan strategik yang lain.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#PBSBSamarahan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-08-2026, 17:04:15

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search