Sarikei, 4-6 Julai 2025: Satu Kejohanan Taekwondo ke-5 Peringkat Bahagian Sarikei Tahun 2025 di bawah peruntukan Dana Sukan Komuniti daripada Kementerian Belia dan Sukan yang telah diadakan di Dewan SMK Tinggi Sarikei dikelolai oleh Kelab Taekwondo Ling Ling Sarikei. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Lau Ngie Tung, Pegawai Pendidikan Daerah Sarikei, Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei dan tetamu kehormat mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, Puan Jamaika binti Marciano. Tahniah diucapkan atas kejohanan ini, dan berhasil mempamerkan sukan taekwando yang penuh dengan kemahiran, disiplin dan semangat kesukanan. Jom sokong atlet Taekwondo muda kita!
Samarahan, 19 Julai 2025 – Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak 2025 membuka tirainya dengan penuh semangat kesukanan hari ini, melibatkan penyertaan 11 bahagian dari seluruh negeri. Kejohanan ini menjadi platform penting dalam mencungkil bakat sukan akar umbi serta memperkukuh perpaduan masyarakat pelbagai latar belakang.
Tiga jenis sukan dipertandingkan di dua lokasi utama: sepak takraw dan bola jaring berlangsung di Arena Tun Tuanku Haji Bujang, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), manakala acara pingpong diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Kesemua acara menyaksikan persaingan sengit dan semangat juang tinggi dalam kalangan atlet komuniti.
Kejohanan ini menyasarkan pemilihan juara negeri yang akan mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan tidak lama lagi. Penganjuran ini turut menerima sokongan padu daripada penyokong dan komuniti setempat yang hadir memberi semangat kepada pasukan masing-masing.
Dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama agensi tempatan dan komuniti belia, liga ini selaras dengan aspirasi Kementerian Belia dan Sukan dalam memperkasa pembangunan sukan komuniti dan menggalakkan gaya hidup aktif.
Kejohanan yang berlangsung sepanjang hari ini akan melabuhkan tirainya dengan Majlis Penyampaian Hadiah pada jam 6.30 petang ini.
Samarahan, 19 Julai 2025– Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak 2025 telah dirasmikan dengan penuh semangat di Arena Tun Tuanku Haji Bujang, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Hafizah binti Dahlan, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Turut hadir ialah Puan Fatimah binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, pegawai-pegawai Pejabat Belia dan Sukan Bahagian serta para peserta dari seluruh negeri Sarawak.
Sebanyak 11 bahagian mengambil bahagian dalam kejohanan ini yang mempertandingkan tiga jenis sukan iaitu sepak takraw, bola jaring dan pingpong. Pertandingan sepak takraw dan bola jaring dijalankan di UNIMAS manakala acara pingpong berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Kejohanan menyaksikan penyertaan sebanyak 22 pasukan sepak takraw, 20 pasukan bola jaring dan 19 pasukan pingpong, melibatkan belia pelbagai kaum dan latar belakang. Liga ini menjadi medan pembangunan sukan di peringkat komuniti serta platform pengasahan bakat baharu.
Pasukan yang muncul juara dalam setiap kategori sukan akan mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada bulan Ogos 2025 di UNITEN, Bangi, Selangor.
Liga Sukan Komuniti ini diharap dapat menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk semangat kesukanan, dan menyatukan masyarakat melalui platform sukan yang inklusif dan harmoni.
Sibu, 19 Julai 2025 - Program kecergasan senamrobik telah mendapat sambutan yang menggalakan dalam kalangan komuniti setempat menerusi Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Bahagian Sibu (Siri 2) yang diadakan di Taman Tasek Permai Sibu bermula jam 4.00 petang hingga 5.30 petang. Program ini akan berlangsung sebanyak 12 siri bermula Julai hingga November 2025. Siri 1 juga telah diadakan bersama penghuni Rumah Seri Kenangan yang turut mempromosikan aktiviti senam sihat dalam kalangan warga dan penghuni di sana. Berbaki lagi 10 siri, program ini diharap akan terus mendapat sambutan dalam masyarakat bagi menggalakan lebih ramai lagi untuk terus kekal aktif dan cergas disamping dapat meningkatkan tahap kesihatan dalam diri setiap insan.
Kota Samarahan, 19 Julai 2025 - Pasukan Trailblazers menjadi Johan dalam Sukan Bola Jaring di LSK Negeri Sarawak setelah menewaskan pasukan Eagle Force dari Bahagian Bintulu. Kemenangan ini secara langsung telah menempatkan pasukan ini tiket ke LSK Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan akan berlangsung pada September 2025 nanti. Turut membawa pulang hadiah kemenangan ialah pasukan MAZAKA dari acara Sukan Ping Pong yang telah berkonsgi kedudukan tempat ketiga bersama pasukan MP GOLD dari Bahagian Samarahan. Tahniah kepada semua pasukan Sibu yang telah berjuang sehabis baik dan memberi tentangan hebat kepada pihak lawan. Kalah menang adat pertandingan, apa yang penting semangat kesukanan yang tinggi kita pamerkan.
SIBU, 19 JULAI 2025 – Kelab Taekwando United Sibu (MTA) telah menganjurkan Kejohanan Seni Bela Diri Taekwondo Jemputan Sekolah-Sekolah Negeri Sarawak Kali Ke-8 Tahun 2025 bertempat di Sibu Indoor Stadium pada 18-20 Julai 2025. Seramai 150 orang pelajar telah menyertai kejohanan selama 3 hari ini. Majlis Perasmian ini telah disempurnakan oleh Encik Joshua Ting Fu Ying, wakil kepada Yang Berhormat Dato' Seri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.217 Bintulu dan Ahli Dewan Undangan Sarawak N.52 Dudong diiringi oleh Dr. Ling Hang Sung, Pengerusi Pengelola Kejohanan, Datuk Dr Arasu Thangaveloo, Presiden Persatuan Taekwondo Kukkiwon Malaysia dan Dr Henry Toh Yew King, Presiden Persekutuan Taekwando Negeri Sarawak. Kelab Taekwando United Sibu (MTA) ini sangat aktif dalam penganjuran program Taekwando. Tahniah diucapkan kepada seluruh Jawatankuasa Kelab yang bertungkus lumus dalam melaksanakan kejohanan ini dengan jayanya.
19 JULAI 2025, SIBU - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu telah dijemput oleh Lanang Pickleball Club untuk menghadiri Majlis Perasmian Piala Pusingan Pickleball Lanang 2025 (Penjawat Awam) yang berlangsung di Gelanggang Pickleball UTC, Sibu. Program tersebut dirasmikan oleh Encik Stanley Chiew, wakil kepada Yang Berhormat Puan Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen P.211 Lanang diiringi oleh Encik Iing Shii Ngie, President Lanang Pickleball Club dan Puan Siti Harrysah binti Ali, Pengerusi Pengelola Piala Pusingan Lanang Tertutup 2025 (Penjawat Awam).
Seramai 16 pasukan yang telah menyertai pertandingan ini iaitu terdiri daripada pasukan Kastam, PPD, KKM, SESCO, Residen, RTM dan JKR dan pertandingan ini berakhir dengan keputusan: - Kastam - KKM - PPD
Samarahan, 19 Julai 2025– Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak 2025 telah dirasmikan dengan penuh semangat di Arena Tun Tuanku Haji Bujang, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Hafizah binti Dahlan, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Turut hadir ialah Puan Fatimah binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, pegawai-pegawai Pejabat Belia dan Sukan Bahagian serta para peserta dari seluruh negeri Sarawak.
Sebanyak 11 bahagian mengambil bahagian dalam kejohanan ini yang mempertandingkan tiga jenis sukan iaitu sepak takraw, bola jaring dan pingpong. Pertandingan sepak takraw dan bola jaring dijalankan di UNIMAS manakala acara pingpong berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Pasukan Sibu diwakili oleh Cari Tambang A dan B bagi acara sepak takraw, Trailblazers bola jaring, Masters dan Mazaka untuk acara Ping Pong. Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Sibu mengucapkan selamat maju jaya buat semua pasukan yang mewakili Bahagian Sibu.
Kuching, 18 Julai 2025 – Program ASEAN Youth Volunteer 2025 (AYV2025) melabuhkan tirainya dengan satu majlis penutupan rasmi yang penuh warna-warni di Damai Central, Santubong. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, yang turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen dan semangat kesukarelawanan yang ditunjukkan oleh para belia ASEAN sepanjang program ini berlangsung.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Puan Azura Binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara; Encik Syamsul Tahrin Bin Mohd Tahrin, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda; Encik Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak; serta Puan Nur Malanie Stephanie Woon, Penolong Setiausaha Kanan, Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.
Program AYV2025 telah berlangsung selama enam hari bermula 13 Julai, melibatkan penyertaan belia dari negara-negara ASEAN dengan pelbagai aktiviti seperti khidmat komuniti, pertukaran budaya dan bengkel kepimpinan.
Dalam ucapan penutupannya, YB Dato Gerald menekankan bahawa semangat kesukarelawanan merentas sempadan mampu menyemai persefahaman dan perpaduan serantau, sejajar dengan aspirasi Komuniti ASEAN. Beliau turut menggalakkan para belia agar terus menjadi agen perubahan yang proaktif dalam pembangunan negara dan rantau ini.
Majlis penutupan turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan serta penyampaian sijil penghargaan kepada para peserta dan fasilitator.