- JBS Sarawak
- Hits: 18
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN BINTULU 2026 PERKUKUH PERANAN BELIA DALAM PEMBANGUNAN KOMUNITI
- JBS Sarawak
- Hits: 18
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 23 JULAI 2026: Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu telah menganjurkan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Bahagian Bintulu Tahun 2026 sebagai platform rasmi bagi menghimpunkan pemimpin pertubuhan belia, agensi kerajaan dan rakan strategik untuk membincangkan isu, cadangan serta hala tuju pembangunan belia di Bahagian Bintulu.
Program ini bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama antara pemegang taruh, di samping memberi ruang kepada golongan belia untuk menyuarakan pandangan, berkongsi idea serta mengemukakan cadangan penambahbaikan berkaitan pembangunan belia di peringkat bahagian.
Sepanjang sesi perundingan, pelbagai perkara telah dibincangkan, antaranya usaha memperkasakan kepimpinan belia, memperluaskan peluang pekerjaan serta pembangunan kemahiran serta memperkukuh kerjasama strategik antara pertubuhan belia, agensi kerajaan dan sektor swasta.
Majlis turut menjadi medium penting dalam menyelaras pelaksanaan program pembangunan belia yang lebih berimpak, inklusif dan selaras dengan aspirasi kerajaan untuk melahirkan belia yang berdaya tahan, berkemahiran serta mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
