- JBS Sarawak
- Hits: 8
PEGAWAI PBSB LIMBANG JAYAKAN PROGRAM KIBAR SARAWAK 2.0 DI MIRI
- JBS Sarawak
- Hits: 8
Disediakan oleh: AAC, JBSN Sarawak
LIMBANG, 30 Julai 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Limbang terus memainkan peranan aktif dalam menjayakan program anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak (JBSNS) menerusi penglibatan pegawainya dalam Program KIBAR 2026 yang telah berlangsung di Kampung Luak, Miri.
Program KIBAR merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang menghimpunkan pelbagai program serta perkhidmatan agensi di bawah KBS dalam satu platform yang inklusif, interaktif dan berimpak tinggi. Program ini memberi tumpuan kepada belia luar bandar dan komuniti kampung bagi memperluas akses kepada pelbagai inisiatif kerajaan. Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai pengisian menarik seperti pameran interaktif, aktiviti kesukarelawanan, sukan komuniti serta sesi Town Hall bersama kepimpinan KBS.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, yang turut menyampaikan amanat mengenai kepentingan penglibatan belia dalam pembangunan komuniti serta usaha memperkukuh akses kepada program dan perkhidmatan kerajaan.
Dalam program tersebut, Puan Aimy Alisha Charlie, pegawai dari PBSB Limbang, telah diberikan kepercayaan untuk menggalas tugas sebagai pengacara majlis (MC) sepanjang program berlangsung. Pelantikan ini mencerminkan keyakinan pihak penganjur terhadap profesionalisme dan keupayaan pegawai PBSB Limbang dalam mengendalikan majlis rasmi di peringkat negeri.
PBSB Limbang merakamkan penghargaan kepada Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak atas peluang dan kepercayaan yang diberikan. Diharapkan penglibatan seperti ini akan terus memperkukuhkan jaringan kerjasama antara agensi serta meningkatkan profesionalisme warga PBSB Limbang dalam menyokong pelaksanaan program-program pembangunan belia dan komuniti di seluruh negeri.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
