- JBS Sarawak
- Hits: 16
Pasukan Sapphire Bintulu Naib Johan Bola Jaring Wanita LSK Negeri Sarawak 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 16
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 18 JULAI 2026: Tahniah diucapkan kepada Pasukan Sapphire Bintulu atas kejayaan muncul Naib Johan Bola Jaring Wanita sempena Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak 2026 yang telah berlangsung pada 17 hingga 18 Julai 2026 di Arena Sukan dan Dewan Datuk Kawada, Kuching.
Kejayaan ini merupakan hasil daripada komitmen, disiplin dan semangat berpasukan yang tinggi ditunjukkan oleh para pemain serta barisan jurulatih sepanjang kejohanan berlangsung. Prestasi cemerlang yang dipamerkan bukan sahaja membanggakan Bahagian Bintulu, malah membuktikan bahawa atlet tempatan mempunyai potensi untuk terus bersaing di peringkat yang lebih tinggi.
Turut hadir, Puan Fatimah binti abdul Rahman wakil Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
