- JBS Sarawak
- Hits: 11
ENCIK ZAINI BIN ABDUL TALIB DARI PBSB LIMBANG TERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
- JBS Sarawak
- Hits: 11
Disediakan oleh: AAC, JBSN Sarawak
LIMBANG, 30 JULAI 2026 - Tahniah diucapkan kepada En. Zaini Bin Abdul Talib dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di sebuah majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari ini.
Penganugerahan ini merupakan satu bentuk apresiasi kepada warga kerja yang sentiasa mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi, berintegriti serta memberikan perkhidmatan yang berkualiti demi kecemerlangan organisasi dan kepuasan pelanggan.
Semoga pengiktirafan yang diterima menjadi pembakar semangat kepada En. Zaini Bin Abdul Talib untuk terus mengekalkan kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan, di samping menjadi inspirasi dan perangsang kepada seluruh warga Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang untuk terus meningkatkan mutu kerja, memperkukuh profesionalisme serta memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan. Semoga kecemerlangan yang diraikan hari ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan pada masa hadapan serta menyumbang kepada kecemerlangan perkhidmatan awam secara keseluruhannya.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
