- JBS Sarawak
- Hits: 19
KUNJUNGAN HORMAT KELAB BELIA TANJUNG KIDURONG KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN BINTULU PERKUKUH KOLABORASI PROGRAM BELIA
- JBS Sarawak
- Hits: 19
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 13 JULAI 2026: Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu telah menerima kunjungan hormat daripada kelab belia tanjung kidurong bagi membincangkan cadangan kolaborasi dalam pelaksanaan program pembangunan belia yang dijadualkan berlangsung pada bulan Ogos akan datang.
Kunjungan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara pertubuhan belia dengan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu di samping bertukar pandangan mengenai perancangan program yang dapat memberi manfaat kepada golongan belia di Bahagian Bintulu.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk cadangan pelaksanaan program pembangunan usahawan belia, kesukarelawanan, pembangunan kemahiran, serta aktiviti kemasyarakatan yang mampu meningkatkan penyertaan aktif belia dalam komuniti.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu menyambut baik hasrat kelab belia tersebut dan berharap jalinan kerjasama ini dapat diperkukuhkan bagi memastikan setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi impak positif kepada pembangunan belia di Bahagian Bintulu.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
