- JBS Sarawak
- Hits: 13
Sesi Perbincangan Pengurusan dan Seksyen Pejabat Belia & Sukan Bahagian Bintulu Bil. 3/2026
- JBS Sarawak
- Hits: 13
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 06 JULAI 2026: Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu telah mengadakan Sesi Perbincangan Pengurusan dan Seksyen bagi penyediaan pelaporan dan hal-hal berkaitan pengoperasian pejabat untuk dibawa ke Mesyuarat Berkala Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak Bil. 3/2026 pada 9 sehingga 10 Julai 2026 bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak.
Perbincangan tersebut dipengerusikan oleh Encik Jeremy Anak Luguh, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu itu dihadiri oleh semua warga pejabat. Antara agenda utama yang dibincangkan termasuk penilaian pelaksanaan program yang telah dijalankan, perancangan program akan datang, penyelarasan tugasan pegawai dan kakitangan, pengurusan kewangan dan pentadbiran serta usaha memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
