- JBS Sarawak
- Hits: 20
Kejohanan Petanque Terbuka Bintulu (Double Veteran 50 Tahun Keatas)
- JBS Sarawak
- Hits: 20
Disediakan oleh:Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 06 JULAI 2026: Kejohanan Petanque Terbuka Bintulu (Double Veteran 50 Tahun Ke Atas) berjaya menghimpunkan pemain-pemain petanque berpengalaman dari seluruh Sarawak serta beberapa pasukan luar dalam suasana penuh semangat kesukanan dan persaudaraan.
Kejohanan yang berlangsung di Arena Petanque Taman Rekreasi Kampung Jepak ini telah dianjurkan oleh Kelab Boules Al Falah Bintulu sebagai platform memperkukuh pembangunan sukan petanque, mengeratkan hubungan silaturahim serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
Turut hadir Pegawai Belia Dan Sukan Bintulu, Encik Jeremy Luguh bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah bagi Kejohanan Petanque Terbuka Bintulu (Double Veteran 50 Tahun Keatas).
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
