- JBS Sarawak
- Hits: 12
WARGA PBSB LIMBANG JAYAKAN SEMINAR PEMERKASAAN KETUA MASYARAKAT DAN KETUA KAUM DALAM PENJAGAAN ALAM SEKITAR KE ARAH PEMBANGUNAN MAMPAN DAERAH LIMBANG
- JBS Sarawak
- Hits: 12
Disediakan oleh: AAC, JBSN Sarawak
LIMBANG, 27 JULAI 2026 – Warga Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Limbang telah menghadiri dan menjayakan Seminar Pemerkasaan Ketua Masyarakat & Ketua Kaum Dalam Penjagaan Alam Sekitar ke Arah Pembangunan Mampan Daerah Limbang 2026 yang berlangsung di St. Edmund Hall, Limbang.
Dalam seminar tersebut, dua orang pegawai PBSB Limbang, Puan Aimy Alisha Charlie dan Encik Hafizul Helmi, telah diberi kepercayaan untuk menggalas peranan sebagai pengacara majlis (MC) dan pemudah cara sepanjang program berlangsung. Penglibatan ini mencerminkan komitmen serta keupayaan warga PBSB Limbang dalam menyokong pelaksanaan program-program melibatkan pelbagai agensi dan komuniti.
Seminar ini menghimpunkan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum dari seluruh Daerah Limbang serta menampilkan pelbagai pengisian yang bermanfaat, termasuk ceramah dan sesi perkongsian berkaitan penjagaan alam sekitar, kelestarian serta usaha ke arah pembangunan mampan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Bin Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak, Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II serta Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak.
PBSB Limbang merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas kepercayaan yang diberikan kepada pegawai jabatan untuk menjayakan seminar ini. Semoga kerjasama erat yang terjalin antara PBSB Limbang dengan pelbagai agensi kerajaan serta rakan strategik akan terus diperkukuhkan demi melaksanakan lebih banyak program berimpak tinggi kepada masyarakat pada masa hadapan.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
