Kunjungan Hormat PBSB Betong Ke Pejabat Pendidikan Daerah Saratok

Kunjungan Hormat PBSB Betong Ke Pejabat Pendidikan Daerah Saratok

Disediakan oleh: JAT, JBSN Sarawak

BETONG, 31 Julai 2026 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Betong telah melakukan kunjungan hormat ke Pejabat Pendidikan Daerah Saratok pada 28 Julai 2026 bertujuan untuk membincangan program kerjasama yang akan dilaksanakan iaitu, Kem Belia @Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Betong Tahun 2026 di daerah Saratok. Kunjungan tersebut diwakili oleh Cik Azira bt. A.Manan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan dan          Cik Jojo Tehan, Pembantu Belia dan Sukan. Kunjungan tersebut disambut mesra oleh               Encik Mohd. Tarmimie bin Ali dan Encik Tommy anak Katum, PPD dari Unit Pembangunan Bakat Murid.

Perbincangan bersama pihak Pejabat Pendidikan Saratok adalah untuk mendapatkan pandangan dan nasihat berhubung pelaksanaan program seperti penetapan tarikh program, cadangan tempat pelaksaan, penyertaan peserta dan sekolah terlibat, aktiviti dan pengisian program serta perkara-perkara lain yang berkaitan. Hadir sama semasa perbincangan wakil daripada Sekolah Menengah Agama Saratok, Sekolah Menengah (BM) Saratok, SMK Saratok dan SMK Kalaka. 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-08-2026, 17:04:15

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search