JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK DAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SAMARAHAN TURUN PADANG, KENDALI TAKLIMAT DAN PENDAFTARAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) DI SMK HAJJAH LAILA TAIB, ASAJAYA

JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK DAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SAMARAHAN TURUN PADANG, KENDALI TAKLIMAT DAN PENDAFTARAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) DI SMK HAJJAH LAILA TAIB, ASAJAYA

Disediakan oleh : NL

SAMARAHAN, 16 Julai 2026 – Seramai 269 orang pelajar SMK Hajjah Laila Taib komited menyertai Taklimat Pelaksanaan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan, semalam.

Sesi taklimat khas bertarikh 16 Julai 2026 itu telah disampaikan secara langsung oleh Puan Nurul Aini Binti Rahmat, Pegawai Cawangan Pembangunan Potensi Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Beliau mengupas secara terperinci mengenai komponen, faedah, dan pengiktirafan yang bakal diperoleh para peserta sepanjang menyertai program bertaraf antarabangsa ini.

Bagi memastikan kelancaran sesi pendaftaran dan penyelarasan, taklimat ini turut dibantu secara bersama oleh Puan Norliati Binti Li selaku wakil Unit Rakan Muda dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan. Kehadiran pihak jabatan mencerminkan kesungguhan agensi kerajaan dalam meluaskan capaian program Rakan Muda ke kawasan luar bandar.

Pihak pengurusan sekolah yang diterajui oleh Pengetua, Taun Syed Ishak Bin Syed Manan, bersama Guru Pemimpin ARPRM, Encik Rapheal John dan Ustazah Nasuha Binti Ibrahim menyambut baik inisiatif ini dan menyifatkannya sebagai anjakan terbaik dalam membina disiplin, sahsiah, dan jati diri murid secara holistik.

 #TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#PBSBSamarahan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-08-2026, 17:04:15

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search