LAWATAN PENGAUDITAN PENGURUSAN KEWANGAN DARI UNIT AUDIT DALAM KBS KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SRI AMAN

Disediakan oleh : NFS, JBSN Sarawak

SRI AMAN, 31 JULAI 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah menerima kunjungan kerja oleh pasukan Unit Audit Dalam (UAD), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 27 hingga 30 Julai 2026. 

Pihak UAD, KBS telah melakukan pengauditan pengurusan kewangan yang bertujuan untuk memastikan setiap pengurusan kewangan serta aset kerajaan diuruskan dengan cekap, berhemat dan mematuhi undang-undang. Ia berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang bebas bagi menambah baik sistem kawalan dalaman, tadbir urus serta integriti pentadbiran.

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman mengucapkan terima kasih kepada pasukan UAD, KBS yang diketuai oleh Encik Jimmy bin Tevan @ William Stephen atas khidmat nasihat, tunjuk ajar dan teguran membina yang telah diberikan. Pihak pejabat akan terus berusaha untuk melakukan penambahbaikan serta memastikan pematuhan prosedur dilakukan secara berterusan agar dapat meningkatkan kualiti kerja dan integriti. 

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-08-2026, 17:04:15

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search