- JBS Sarawak
- Hits: 16
PERLOP JUARA PERTANDINGAN BOLASEPAK 9 SEBELAH PIALA YB ROY ANGAU GINGKOI 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 16
Disediakan Oleh : Howard B.R, JBSN Sarawak
LUBOK ANTU, 26 JULAI 2026 – Pasukan PERLOP berjaya merangkul gelaran juara dalam Pertandingan Bolasepak 9 Sebelah Piala YB Roy Angau Gingkoi Edisi 2026 sempena Karnival "SEGULAI SEJALAI" CLFC Edisi 2026 yang berlangsung di Kompleks Sukan Lubok Antu pada 25 hingga 26 Julai 2026. Naib juara disandang oleh pasukan PLUTO, manakala tempat ketiga menjadi milik Alpha Warrior FC.
Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu, YB Roy Angau Gingkoi, bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Tuan Lamat Anak Nyalau.
Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan mengasah bakat serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan belia, malah berjaya merapatkan hubungan silaturahim masyarakat setempat menerusi semangat "Segulai Sejalai".
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
