- JBS Sarawak
- Hits: 21
SEMAKAN DOKUMEN UNTUK MENINGKATKAN KAWALAN DALAMAN
- JBS Sarawak
- Hits: 21
Disediakan oleh : JJ, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 27 JULAI 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah menerima kunjungan kerja oleh Encik Eric Zakaria Ho Abdul Hamid dari Cawangan Kewangan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak pada 23-24 Julai 2026.
Beliau telah hadir untuk melaksanakan semakan silang dokumen kewangan pejabat bagi memastikan urusan kewangan yang dilakukan tepat, teratur, mematuhi peraturan semasa dan dokumen dalam simpanan adalah lengkap.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman mengucapkan terima kasih kepada Encik Eric Zakaria Ho Abdul Hamid atas khidmat nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberikan. Pihak pejabat akan terus berusaha untuk melakukan penambahbaikan bagi memastikan sentiasa mematuhi prosedur kewangan yang telah ditetapkan sekaligus meningkatkan kualiti kerja.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
