PASUKAN BOLA TAMPAR SRI AMAN INTENSIFKAN LATIHAN JELANG LSK PERINGKAT NEGERI SARAWAK

Disediakan oleh: KH, JBSN Sarawak

SRI AMAN,14 JULAI 2026 — Persiapan rapi sedang giat dijalankan oleh pasukan Bola Tampar Sri Aman menjelang penyertaan mereka dalam Liga Sukan Komuniti LSK Peringkat Negeri Sarawak yang akan berlangsung hujung minggu ini.

Latihan malam ini dirakamkan di sebuah gelanggang Futsal Taman Sentosa Indah,RPR Sri Aman. Barisan pemain dilihat komited mengasah kemahiran servis, set dan jaringan dalam suasana latihan yang penuh semangat kesukanan.

Menurut pemerhatian, pemain-pemain wakil Sri Aman ini telah beberapa minggu menjalani latihan intensif bagi memastikan mereka berada dalam prestasi terbaik untuk mengharumkan nama daerah di peringkat negeri.

Penyertaan Sri Aman dalam LSK kali ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan taktikal pasukan, malah menjadi simbol semangat komuniti sukan akar umbi di Sarawak.

Seluruh warga Sri Aman diharapkan dapat terus memberikan sokongan dan doa agar pasukan Bola Tampar kita dapat mengharumkan nama daerah di kejohanan nanti.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-08-2026, 17:04:15

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search