- JBS Sarawak
- Hits: 9
PBSB Sibu Sertai Kursus Pengurusan Perekodan Jabatan
- JBS Sarawak
- Hits: 9
Disediakan oleh : Nfk, PBSB Sibu
KUCHING, 30 Julai 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Sibu telah menghadiri Kursus Pengurusan Perekodan Jabatan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak yang berlangsung pada 28 hingga 30 Julai 2026.
Kursus ini telah disertai oleh Pegawai Belia dan Sukan serta Pembantu Tadbir dari setiap Pejabat Belia dan Sukan Bahagian di seluruh Sarawak. Penganjurannya bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam aspek pengurusan rekod, penyimpanan dokumen serta pematuhan terhadap tatacara perekodan jabatan yang sistematik, cekap dan selaras dengan peraturan semasa.
Penyertaan PBSB Sibu mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam memperkukuh tadbir urus organisasi melalui pengurusan rekod yang berkualiti, sekali gus menyokong penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, telus dan berintegriti.
#JBSNBersama #MalaysiaMadani #TeamJBSN #TeamKBS #JBSNSarawak #PBSBSibu
