- JBS Sarawak
- Hits: 18
Kursus Canva Perkasa Kemahiran Digital Belia Miri
- JBS Sarawak
- Hits: 18
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 21 Julai 2026 – Kursus Canva merupakan salah satu pengisian dalam Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) 2.0 Miri yang dilaksanakan sebagai salah satu aktiviti di bawah Program Teraju Muda Parlimen Miri.
Kursus yang dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) ini bertujuan meningkatkan literasi digital serta kemahiran reka bentuk grafik dalam kalangan belia melalui penggunaan aplikasi Canva.
Peserta didedahkan kepada asas penggunaan Canva serta penghasilan bahan visual yang kreatif dan profesional. Kemahiran yang diperoleh turut dapat dimanfaatkan bagi menyokong pembelajaran, keusahawanan dan meningkatkan kebolehpasaran dalam era digital.
Kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar, Puan Nur Atiqah binti Abdul Rahman. Para peserta memberikan maklum balas yang positif terhadap pelaksanaan kursus dan menyatakan minat untuk mengikuti kursus lanjutan pada masa akan datang bagi memperkukuh lagi kemahiran dalam penggunaan aplikasi Canva.
Pelaksanaan kursus ini mencerminkan komitmen Program Teraju Muda Parlimen Miri dalam menyediakan peluang pembangunan kemahiran dan memperkasa golongan belia melalui pengisian yang relevan dengan keperluan semasa.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
