- JBS Sarawak
- Hits: 26
Kibarkan Bendera, Semarakkan Semangat Hari Sarawak dan Bulan Kemerdekaan Malaysia
- JBS Sarawak
- Hits: 26
Disediakan oleh : WAWI, JBSN SARAWAK
KUCHING, 21 Julai 2026 – Pengurusan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah melaksanakan pemasangan dan pengibaran Jalur Gemilang serta Bendera Sarawak di sekitar Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak sebagai tanda menyemarakkan sambutan Hari Sarawak dan Bulan Kemerdekaan Malaysia.
Inisiatif ini bertujuan menyemai semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta memupuk rasa cinta akan negeri Sarawak dan negara Malaysia dalam kalangan warga kerja, pengunjung dan masyarakat yang hadir ke kompleks tersebut.
Pengibaran Jalur Gemilang dan Bendera Sarawak bukan sekadar menghiasi persekitaran, malah menjadi lambang penghormatan terhadap sejarah, perjuangan serta pengorbanan para pemimpin dan pejuang terdahulu dalam mempertahankan keamanan, kemerdekaan dan keharmonian yang dinikmati hari ini.
Pengurusan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak turut mengajak seluruh masyarakat untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dan Bendera Sarawak di kediaman, premis, pejabat serta kenderaan masing-masing sebagai tanda semangat patriotik dan cinta kepada negeri serta negara.
Semoga sambutan Hari Sarawak dan Bulan Kemerdekaan Malaysia pada tahun ini terus menyatukan rakyat dalam semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan terhadap Sarawak serta Malaysia.
#JBSNBersama #TeamKOMBES #TeamJBSN #JBSNSarawak #KBSMalaysia TeamKBS
