- JBS Sarawak
- Hits: 9
Kick Off Zumba Bersempena Sambutan Hari Sarawak 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 9
Disediakan oleh : TT, PBSB Sibu
SIBU, 21 JULAI 2026 – Suasana di Dataran Tun Tuanku Bujang pagi ini bertukar menjadi lautan manusia yang penuh bertenaga dan warna-warni! Bersempena dengan Sambutan Perayaan Hari Sarawak Tahun 2026, satu aktiviti Zumba telah diadakan dan berjaya menghimpunkan ribuan komuniti dari seluruh zon tengah Negeri Sarawak.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu (PBSB Sibu) amat berbesar hati atas jemputan untuk bersama-sama memeriahkan dan menyemarakkan lagi program sihat yang penuh muhibah ini. Rombongan PBSB Sibu pada pagi ini telah diketuai sendiri oleh Puan Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu, bersama-sama dengan barisan rakan sepejabat.
Kemuncak program menyaksikan majlis perasmian yang disempurnakan dengan penuh gilang-gemilang oleh Yang Berhormat Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab Sambutan Perayaan Hari Sarawak. Turut hadir bersama-sama memeriahkan acara ialah Yang Berhormat Datuk Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, serta barisan kenamaan negeri yang lain.
Semangat perpaduan dan gaya hidup cergas yang ditunjukkan oleh warga zon tengah hari ini adalah bukti jelas betapa utuhnya jati diri anak Sarawak. Sukan dan aktiviti kecergasan terbukti menjadi agen terbaik dalam menyatukan kita semua!
#TeamJBSN #JBSNBersama #JBSNSarawak #KBSMalaysia #PBSBSibu
