- JBS Sarawak
- Hits: 19
MERIAH! LA ROJA JUARA FINAL PIALA DUNIA FIFA 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 19
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 17 Julai 2026 – Suasana di Queen’s Bee, Batu 3, Kuching berlangsung meriah apabila para peminat bola sepak berhimpun menyaksikan tayangan skrin besar perlawanan melibatkan Sepanyol melawan Argentina .
Sorakan penyokong semakin bergema sebaik sahaja La Roja mencatat kemenangan, sekali gus menceriakan suasana sepanjang program.
Turut hadir memeriahkan program ialah YB Tuan Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia; YB Dr. Kelvin Yii, Ahli Parlimen Bandar Kuching; serta Puan Fatimah binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada peminat menyaksikan aksi bola sepak secara beramai-ramai, malah mengeratkan hubungan komuniti dalam suasana santai, selamat dan penuh semangat kesukanan.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir serta menjayakan program ini.
Kemeriahan malam tersebut membuktikan sukan terus menjadi medium terbaik menyatukan masyarakat pelbagai latar belakang di Sarawak, sambil menyemarakkan budaya sokongan positif dan semangat kebersamaan bersama.
#JBSNBersama #TeamSukan #TeamJBSN #JBSNSarawak #KBSMalaysia #TeamKBS
