- JBS Sarawak
- Hits: 21
SATRIA Antara Tunjang Belakang Program KIBAR 2.0 Miri
- JBS Sarawak
- Hits: 21
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 21 Julai 2026 – Program KIBAR (Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi) 2.0 Miri telah berlangsung dengan meriah pada 18 Julai 2026 bertempat di Dewan Serbaguna Tuan Haji Saban Garip, Kampung Luak.
Turut menjadi tunjang kejayaan program ini ialah kehadiran sukarelawan SATRIA yang turun padang membantu sejak peringkat awal penganjuran. Bermula dengan sesi taklimat tugas, para sukarelawan memainkan peranan penting dalam memastikan persiapan tempat serta perjalanan keseluruhan acara berjalan lancar.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol, turut berkesempatan bersama-sama para sukarelawan dalam aktiviti mengecat. Penglibatan sukarelawan SATRIA ini merupakan sebahagian daripada Program Rakan Prihatin: Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda Peringkat Bahagian Miri Siri 1 Tahun 2026, dengan Kelab Belia Bestari Bandar Miri selaku rakan strategik program.
Kerjasama erat barisan sukarelawan telah menjadikan program ini bukan sahaja berjalan lancar, malah turut menyumbang kepada usaha memupuk dan menanamkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia melalui penglibatan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
