Disediakan oleh : JT, JBSN Sarawak
BETONG, 2 Oktober 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan pada 30 September 2025 bertempat di Ruang Tamu Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Cik Nurulzamzam bt. Hj. Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong dan dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan pejabat.
Mesyuarat bertujuan membincangkan berkenaan tadbir urus pentadbiran, kewangan, aset/stor pejabat serta mendapatkan maklum balas perancangan dan pelaporan aktiviti Belia, Sukan dan Rakan Muda yang telah dilaksanakan termasuk aktiviti kerjasama strategik bersama persatuan dan kelab belia dan sukan di bahagian Betong.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#pbsbbetong
- JBS Sarawak
- Hits: 63
