- JBS Sarawak
- Hits: 41
TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 41
Disediakan oleh: RJH JBSN Sarawak
KUCHING, 17 Julai 2026 – Taklimat Pengurus Pasukan Futsal dan Bola Jaring sempena Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak 2026 telah berlangsung bagi memastikan kelancaran pengurusan pertandingan yang akan bermula esok, 18 Julai 2026, di Arena Sukan Simpang 3, Kuching.
Taklimat tersebut menghimpunkan para pengurus pasukan untuk mendapatkan penerangan berkaitan jadual pertandingan, format perlawanan, peraturan teknikal, pendaftaran pemain, disiplin pasukan serta aspek keselamatan sepanjang kejohanan berlangsung.
Bagi acara bola jaring, penerangan teknikal telah disampaikan oleh wakil Persatuan Bola Jaring Negeri Sarawak, manakala urusan teknikal futsal dikendalikan oleh wakil Kelab Pengadil Bola Sepak Bahagian Samarahan.
Sesi soal jawab turut diadakan bagi memberi ruang kepada pengurus pasukan mendapatkan penjelasan lanjut sebelum pertandingan bermula. Semua pasukan diingatkan supaya mematuhi peraturan, menjaga semangat kesukanan dan memberikan kerjasama penuh kepada urus setia.
Program ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bagi memperkukuh penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan komuniti secara sihat, teratur, inklusif dan kompetitif
