- JBS Sarawak
- Hits: 96
LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2026 BERMULA HARI INI
- JBS Sarawak
- Hits: 96
Disediakan oleh : RJH JBSN Sarawak
KUCHING, 17 Julai 2026 – Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak 2026 membuka tirainya hari ini dengan acara bola tampar yang berlangsung di Stadium Tertutup Datuk Kawada, Kuching.
Kejohanan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak ini menghimpunkan pasukan dari seluruh bahagian di Sarawak bagi mempamerkan bakat, semangat kesukanan serta daya saing dalam suasana yang sihat dan harmoni.
Pertandingan akan diteruskan pada 18 Julai 2026 dengan acara futsal dan bola jaring yang dijadualkan berlangsung di Arena Sukan Simpang 3, Kuching.
Penganjuran liga ini menjadi platform untuk menggalakkan penyertaan aktif masyarakat dalam bidang sukan, mengeratkan hubungan antara komuniti serta mencungkil bakat baharu yang berpotensi diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. Orang ramai turut dialu-alukan hadir memberikan sokongan kepada pasukan yang bertanding.
