- JBS Sarawak
- Hits: 10
PERBINCANGAN UNITY WALK HARI KEBANGSAAN BERSAMA KELAB PANDA KAPIT
- JBS Sarawak
- Hits: 10
Disediakan Oleh : OAK, PBSBKPT
KAPIT, 21 Julai 2026 – Satu sesi perbincangan berkaitan penganjuran Unity Walk Hari Kebangsaan telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit bersama wakil Kelab Panda Kapit.
Sesi perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Puan Olivia Anak Kaminis,Pegawai belia dan Sukan Bahagian Kapit bersama Encik Staone Teo, Bendahari Kelab Panda Kapit. Perbincangan diadakan bagi menyelaras persiapan program, khususnya semakan laluan yang akan digunakan sepanjang berlangsungnya Unity Walk Hari Kebangsaan.
Semakan laluan ini bertujuan memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar, selamat dan teratur, di samping mengenal pasti aspek logistik serta keselamatan yang perlu diberi perhatian sebelum program berlangsung.
Melalui sesi perbincangan ini, kerjasama erat antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit serta Kelab Panda Kapit diharap dapat memastikan penganjuran Unity Walk Hari Kebangsaan mencapai objektifnya dalam memupuk semangat perpaduan, patriotisme dan penglibatan aktif masyarakat setempat sempena sambutan Hari Kebangsaan.
#JBSNKomited #PBSBKPT #MalaysiaMadani #TeamJBSN #JBSNSarawak #KBSMalaysia #TeamKBS
