- JBS Sarawak
- Hits: 16
MESYUARAT PENGURUS PASUKAN ACARA BOLA TAMPAR LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 16
Disediakan oleh: MCG,PBSBKPT
KUCHING, 16 Julai 2026 – Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi acara bola tampar sempena Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak 2026 telah diadakan di Auditorium Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak sebagai persediaan menjelang kejohanan.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Encik Chai daripada Persatuan Bola Tampar Kuching dan dihadiri oleh pengurus-pengurus pasukan yang mewakili setiap bahagian di seluruh Sarawak. Antara perkara yang dibincangkan termasuk peraturan pertandingan, jadual perlawanan, pengesahan pendaftaran pemain serta hal-hal teknikal bagi memastikan kelancaran penganjuran kejohanan.
Bagi edisi kali ini, Bahagian Kapit diwakili oleh dua pasukan iaitu Song Volleyball Club dan PSKPP Kapit. Penyertaan kedua-dua pasukan ini diharap dapat memberikan saingan sengit serta mempamerkan prestasi terbaik sepanjang kejohanan berlangsung.
Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam menyelaras aspek teknikal dan pengurusan pertandingan, sekali gus memastikan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak 2026 dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur dan bersemangat kesukanan.
#JBSNKomited #PBSBKPT #MalaysiaMadani #TeamJBSN #JBSNSarawak #KBSMalaysia #TeamKBS#LSK2026
