- JBS Sarawak
- Hits: 35
LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 35
Disediakan Oleh : MCG,PBSBKPT
KAPIT , 21 JULAI 2026 - Sebanyak enam pasukan dari Bahagian Kapit telah menyertai Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Negeri Sarawak 2026 yang berlangsung pada 17 hingga 18 Julai 2026.
Penyertaan tersebut melibatkan tiga acara sukan iaitu futsal, bola tampar dan bola jaring. Bagi acara futsal, Bahagian Kapit diwakili oleh Naga Asmara dan KESUTRA. Acara bola tampar pula disertai oleh Song Volleyball Club (SVC) dan PSKPP Kapit, manakala acara bola jaring diwakili oleh D-Seven 215 dan Sweet Cheery NT.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen serta semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan komuniti sukan Bahagian Kapit untuk bersaing di peringkat negeri, di samping mengeratkan hubungan dan memupuk budaya hidup sihat melalui sukan.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pasukan yang telah membawa nama Bahagian Kapit di pentas Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak 2026. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
#JBSNKomited #PBSBKPT #MalaysiaMadani #TeamJBSN #JBSNSarawak #KBSMalaysia #TeamKBS
