- JBS Sarawak
- Hits: 51
Kejayaan Mengungguli Saingan Membuktikan Kesungguhan Serta Semangat Juang Tinggi Kontinjen Bahagian Kuching
- JBS Sarawak
- Hits: 51
Kejayaan Mengungguli Saingan Membuktikan Kesungguhan Serta Semangat Juang Tinggi Kontinjen Bahagian Kuching
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 21 Julai 2026 – Bahagian Kuching muncul juara keseluruhan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak 2026 selepas mempamerkan prestasi cemerlang dalam tiga acara yang dipertandingkan, iaitu bola tampar, bola jaring dan futsal. Kejohanan tersebut berlangsung pada 17 hingga 18 Julai 2026 dan menghimpunkan penyertaan pasukan dari seluruh bahagian di Sarawak. Kejayaan ini mencerminkan komitmen tinggi, semangat kesukanan dan kerjasama erat yang ditunjukkan oleh para atlet, jurulatih serta pegawai pasukan sepanjang kejohanan berlangsung. Persembahan yang konsisten dalam setiap acara membolehkan Bahagian Kuching mengungguli kedudukan keseluruhan dan membawa pulang gelaran juara.
Tahniah diucapkan kepada pasukan Jaguh (Bola Tampar), CBP FT (Futsal) dan Jovial (Bola Jaring) atas kejayaan yang membanggakan ini. Semoga kecemerlangan yang dicapai menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan di peringkat yang lebih tinggi serta menjadi inspirasi kepada komuniti untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanAktif
#ligasukankomuniti
