Perbincangan Ringkas Penubuhan dan Pendaftaran Kelab Belia Kampung Medong Dalat

Perbincangan Ringkas Penubuhan dan Pendaftaran Kelab Belia Kampung Medong Dalat

Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 21 JULAI 2026 – Golongan belia perlu menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin dalam pengurusan sesebuah organisasi melalui kelab dan persatuan belia yang didaftarkan. Pengalaman serta ilmu yang diperolehi mereka boleh diterjemahkan dalam pekerjaan dan kehidupan bermasyarakat. Kerajaan telah menyediakan organisasi di bawah Kementerian Belia dan Sukan iaitu Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia bagi mendaftar kelab dan persatuan belia di Malaysia. 

Bahagian Mukah bakal menyaksikan tertubuhnya satu lagi Kelab Belia Kampung Medong dari daerah Dalat tidak lama lagi. Encik Dennis mewakili jawatankuasa protem kelab telah hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah untuk berbincang bersama Puan Noorlina Mirais, Pembantu Kanan Belia dan Sukan merangkap Pegawai Unit Pembangunan Sukan Bahagian Mukah mengenai perkara tersebut. Beliau telah diterangkan langkah-langkah yang perlu dibuat bagi pendaftaran kelab serta dokumen yang perlu disediakan bagi tujuan tersebut.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-08-2026, 17:04:15

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search