- JBS Sarawak
- Hits: 31
PELUPUSAN PERALATAN ICT PBS BAHAGIAN KAPIT
- JBS Sarawak
- Hits: 31
Disediakan oleh: O.A.K, PBSBKPT
KAPIT, 13 Julai 2026 – PBSB Kapit telah Berjaya melaksanakan proses pelupusan bagi peralatan teknologi maklumat (ICT) yang using dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
Proses pelupusan tersebut membabitkan pelbagai perkakasan seperti komputer meja, mesin pencetak, komputer riba dan LCD projector yang telah melepasi jangka hayat ditetapkan. Langkah ini dilaksanakan bagi mengelakkan lambakan peralatan rosak, memastikan ruang pejabat lebih optimum dan mengemas kini rekod peralatan ICT pejabat.
Peralatan ICT yang dilupuskan telah diserahkan kepada pihak syarikat e-Waste yang dilantik iaitu DNS Waste Management Sdn. Bhd. Beralamat di Kota Sentosa Industrial Park, Jalan Batu Kitang, Kuching.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBKapit
