- JBS Sarawak
- Hits: 24
MESYUARAT BERKALA JBS NEGERI SARAWAK PERKUKUH PENYELARASAN HALA TUJU DAN TADBIR URUS ORGANISASI
- JBS Sarawak
- Hits: 24
Disediakan oleh:MCG,PBSBKPT
KAPIT, 13 Julai 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah mengadakan Mesyuarat Berkala Bil. 3/2026 pada 9 hingga 10 Julai 2026 di Bilik Mesyuarat Santubong bagi menyelaras hala tuju jabatan serta memantau pelaksanaan program dan pengurusan di seluruh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian.
Mesyuarat ini turut membincangkan laporan pelaksanaan program sehingga Jun 2026, perancangan hingga November 2026 serta aspek pengurusan perkhidmatan, kewangan dan pentadbiran.
Selain itu, turut diadakan Mesyuarat JKPAK, JPKA, MBJ dan Jawatankuasa Tatakelola bagi memperkukuh tadbir urus, kecekapan pengurusan dan pematuhan kepada dasar serta peraturan.
Mesyuarat berkala ini menjadi medium penting dalam memperkasakan penyelarasan operasi jabatan melalui perkongsian laporan, perancangan strategik dan perbincangan isu semasa berkaitan pembangunan belia dan sukan di Sarawak.
Dengan komitmen berterusan semua Pejabat Belia dan Sukan Bahagian, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak yakin penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat akan terus dipertingkatkan secara cekap, berintegriti dan berkualiti.
#JBSNKomited #PBSBKPT #MalaysiaMadani #TeamJBSN #JBSNSarawak #KBSMalaysia #TeamKBS
