- JBS Sarawak
- Hits: 39
Majlis Perasmian Kejohanan Wushu Taolu dan Wushu Sanda Terbuka 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 39
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 13 JULAI 2026 – Kejohanan Wushu Toulu dan Wushu Sanda Terbuka 2026 yang berlangsung pada 11-12 Julai 2026 telah dirasmikan oleh Encik Allen Wong Siew Poh, Pengerusi Persekutuan Wushu Negeri Sarawak pada 11 Julai 2026 di Dewan Suarah Mesra Mukah. Pejabat Belia dan Sukan dijemput hadir ke majlis tersebut dan telah dihadiri Encik Mohammad Arbi Rosli, mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah.
Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Wushu Bahagian Mukah dengan kerjasama Persatuan Wushu Sarawak melibatkan 500 orang peserta dari Mukah, Balingian, Oya, Dalat, Sibu, Bintulu, Kanowit dan Sarikei. Encik Ho Ing Siong, Pengerusi Persatuan Wushu Bahagian Mukah dalam ucapannya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang terlibat serta para penaja dan agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran kejohanan tersebut.
