- JBS Sarawak
- Hits: 29
Majlis Perasmian Penangguhan Kejohanan Wushu Taolu dan Wushu Sanda Terbuka 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 29
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 13 JULAI 2026 – Kejohanan Wushu Taolu dan Wushu Sanda Terbuka 2026 melabuhkan tirainya pada hari terakhir kejohanan dengan majlis penangguhan rasmi telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Royston Valentine, Ahli Dewan Undangan Negeri N.57 Tellian pada 12 April 2026 di Dewan Suarah Mesra Mukah. Beliau turut menyampaikan hadiah dan cenderamata kepada atlet dan kontinjen yang telah memenangi kejohanan tersebut.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Puan Nolin Gendang, wakil Pegawai Daerah Mukah, Encik Ho Ing Siong, Pengerusi Persatuan Wushu Bahagian Mukah, Puan Rasidah Rasit, Pegawai Penguasa Pejabat Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Bahagian Mukah. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah turut dijemput hadir dan telah dihadiri Encik Mohammad Arbi Rosli, mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah.
