- JBS Sarawak
- Hits: 19
Penyampaian Cek Cura Geran Padanan Sukan (GPS) Kementerian Belia dan Sukan Kepada Persatuan Wushu Bahagian Mukah
- JBS Sarawak
- Hits: 19
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 13 JULAI 2026 – Encik Mohammad Arbi Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah menyampaikan Cek Cura Geran Padanan Sukan (GPS) Kementerian Belia kepada Encik Ho Ing Siong, Pengerusi Persatuan Wushu Bahagian Mukah semasa Majlis Perasmian Kejohanan Wushu Taolu dan Wushu Sanda Terbuka 2026 baru-baru ini. Persatuan telah mendapat dana GPS sebanyak RM20,000.00 bagi membantu dalam penganjuran kejohanan tersebut.
Penyerahan cek cura tersebut turut disaksikan Encik Allen Wong Siew Poh, Pengerusi Pesekutan Wushu Negeri Sarawak, Encik Amirul Valentine Laiseh, Pegawai Tadbir Pejabat Residen Mukah, Puan Rasidah Rasit, Pegawai Penguasa Pejabat Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Bahagian Mukah serta tetamu jemputan yang hadir. Pihak jabatan berharap dana yang diberikan akan digunakan sebaiknya demi pembangunan sukan wushu di bahagian Mukah khususnya dan Sarawak amnya.
