- JBS Sarawak
- Hits: 14
Lembaga Pemeriksa Pelupusan Aset Hadir Ke Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Betong
- JBS Sarawak
- Hits: 14
Disediakan oleh : NZS, JBSN Sarawak
BETONG, 30 JUN 2026 – Pegawai Lembaga Pemeriksa Pelupusan Aset, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong pada 30 Jun 2026 untuk melakukan pemeriksaan ke atas aset yang dicadangkan untuk dilupuskan.
Pemeriksaan telah dilaksanakan oleh Encik Abu Zaid bin Abu Bakar, Pegawai Belia dan Sukan S9/10 dan Tuan Haji Khalid bin Hamid, Penolong Pegawai Belia dan Sukan S7 (TBK 2). Proses pelupusan aset perlu dilakukan bagi memastikan pejabat tidak menyimpan aset yang tidak boleh digunakan, rosak atau usang. Ia juga bertujuan mengelakkan pembaziran ruang simpanan serta risiko keselamatan dan mengurangkan kos penyelenggaraan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#jbssarawak
#pbsbetong
