- JBS Sarawak
- Hits: 20
Bengkel Pengukuhan Sekretariat Rakan Muda IPT Zon Borneo Tahun 2026 Perkasa Kepimpinan Mahasiswa
- JBS Sarawak
- Hits: 20
Disediakan oleh: LBJ, JBSN Sarawak
BINTULU, 30 JUN 2026: Bengkel Pengukuhan Sekretariat Rakan Muda Institut Pengajian Tinggi (IPT) Zon Borneo Tahun 2026 telah berjaya menghimpunkan barisan sekretariat dan wakil mahasiswa daripada institusi pengajian tinggi di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dalam usaha memperkukuh peranan Rakan Muda sebagai platform pembangunan belia yang aktif, berdaya saing dan berimpak tinggi.
Bengkel yang berlangsung selama tiga hari di UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah bermula dari 26 hingga 28 Jun 2026. Bengkel yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah dihadiri seramai 76 orang peserta ini bertujuan memperkasakan kefahaman peserta terhadap hala tuju dan peranan Sekretariat Rakan Muda IPT, di samping meningkatkan kemahiran kepimpinan, pengurusan organisasi, perancangan program serta penglibatan belia dalam aktiviti kemasyarakatan.
Penganjuran Bengkel Pengukuhan Sekretariat Rakan Muda IPT Zon Borneo Tahun 2026 mencerminkan komitmen berterusan dalam melahirkan pemimpin mahasiswa yang berwibawa, berintegriti dan mampu menjadi ejen perubahan dalam komuniti. Program ini juga diharapkan dapat memperkukuh semangat kesukarelawanan, kepimpinan dan jalinan kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi di Zon Borneo.
Majlis perasmian penutupan program telah dirasmikan oleh YB Royston bin Valentine bersempena dengan program Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Sarawak 2026. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Tn. Lamat Anak Nyalau Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Tn. Mohd Amirul Bin Valentine Laiseh mewakili Residen Bahagian Mukah, Dr. Abdul Jabbar Abdullah Penolong Rektor UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah.
Majlis juga turut diselitkan dengan penyampaian cek cura kepada dua SRM IPT yang menerima dana secretariat rakan muda iaitu SRM Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), Bintulu dan juga SRM Politeknik Mukah PMU.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
