- JBS Sarawak
- Hits: 49
MESYUARAT PENGURUS PASUKAN LIGA SUKAN KOMUNITI BOLA TAMPAR (LELAKI) 2026 PERINGKAT BAHAGIAN SAMARAHAN
- JBS Sarawak
- Hits: 49
Disediakan oleh: MLA, JBSN Sarawak
SAMARAHAN, 11 Jun 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan telah mengadakan Mesyuarat Pengurus Pasukan dan Cabut Undi bersempena dengan Liga Sukan Komuniti (LSK) 2026 Peringkat Bahagian Samarahan.
Mesyuarat ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Bilik Mesyuarat Wisma Persekutuan Kota Samarahan jam 2:30 petang bagi Taklimat pengurus pasukan dan cabut undi pasukan yang akan bertanding sebanyak 16 pasukan yang akan bertanding. .
Mesyuarat pengurus ini adalah hasil kerjasama erat dan komitmen padu daripada barisan rakan strategik sukan tempatan. Pengadil pertandingan dan teknikal adalah daripada Persatuan Bola Tampar Kuching.
Saingan Liga Sukan Komuniti Bola Tampar (Lelaki) 2026 Peringkat Bahagian Samarahan ini akan dijalankan secara serentak pada 13 - 14 Jun 2026 di Gelanggang Bola Tampar IPG, Samarahan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
