- JBS Sarawak
- Hits: 19
LAWATAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SARIKEI KE GELANGGANG RAPOK PICKLEBALL CLUB
- JBS Sarawak
- Hits: 19
Disediakan Oleh : ZLP, JBSN Sarawak.
SARIKEI, 23 Jun 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah mengadakan lawatan rasmi ke Gelanggang Rapok Pickleball Club sebagai sebahagian daripada usaha pemantauan dan sokongan berterusan terhadap pembangunan sukan komuniti di Bahagian Sarikei.
Lawatan tersebut dihadiri oleh En. Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei bersama En. Zulfadhli Leonardo dan En. Abdul Rani Bin Jemi yang bertujuan untuk meninjau kemudahan sedia ada, memahami pengoperasian kelab serta mendapatkan maklumat mengenai pelaksanaan program dan aktiviti yang dijalankan oleh Rapok Pickleball Club. Sesi perbincangan turut diadakan bagi bertukar pandangan berhubung potensi pembangunan sukan pickleball serta mengenal pasti keperluan yang dapat menyokong pertumbuhan sukan tersebut di peringkat komuniti.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei sentiasa komited dalam memperkukuh ekosistem pembangunan belia dan sukan melalui penglibatan aktif bersama pertubuhan, persatuan dan kelab sukan tempatan. Inisiatif seperti ini diharapkan dapat menggalakkan perkongsian maklumat, memperkukuh jaringan kerjasama serta menyokong usaha melahirkan komuniti yang aktif, sihat dan berdaya saing.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dalam memastikan pembangunan sukan di peringkat akar umbi terus diperkasakan selaras dengan aspirasi pembangunan sukan negara dan kesejahteraan masyarakat setempat. Syabas dan tahniah diucapkan kepada En. Teng Ung Woo Pengerusi Rapok Pickleball.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
