- JBS Sarawak
- Hits: 89
WATERFORNT BENAK SRI AMAN MERIAH DENGAN PERSEMBAHAN YOUTH TALENT LIVE -CLASH OF BUSKERS PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN 2025
Disediakan oleh: HB.R JBSN Sarawak
SRI AMAN, 30 OGOS 2025 – Program Rakan Muzik: Clash Of Buskers Peringkat Bahagian Sri Aman 2025 telah berjaya dianjurkan pada 23 Ogos lalu bertempat di Waterfront Benak Sri Aman. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman ini dilaksanakan dengan kerjasama Kelab Belia Transformasi Bandar Simanggang dan Kelab Belia Kreatif Bandar Simanggang.
Sebanyak 10 persembahan Anak Muda di Bahagian Sri Aman telah mempersembahkan bakat mereka dalam seni muzik dan vokal ini dan mempersembahkan bakat serta kreativiti masing-masing dalam bakat seni.
Pertandingan ini bukan sahaja menjadi platform untuk para belia menonjolkan bakat muzik dan ekspresi seni mereka, malah turut memberi ruang kepada mereka untuk membina keyakinan diri serta mengembangkan potensi dalam bidang seni persembahan.
Turut diraikan adalah semua kumpulan lain yang turut memberikan persembahan yang hebat dan penuh semangat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
- JBS Sarawak
- Hits: 89
