- JBS Sarawak
- Hits: 14
Pasukan PEC Sibu Mengungguli Carta Pertandingan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti Bahagian Sibu 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 14
Disediakan oleh : Nfk, PBSB Sibu
13 Jun 2026, SIBU – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Bahagian Sibu telah menganjurkan Pertandingan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti Bahagian Sibu 2026 yang berlangsung di SMK Tiong Hin, Sibu.
Pertandingan ini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pemain-pemain bola jaring sekitar Bahagian Sibu. Penganjuran pertandingan ini bertujuan menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam aktiviti sukan, di samping memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan gaya hidup sihat.
Setelah melalui persaingan yang sengit, pasukan PEC Sibu telah muncul sebagai Johan pertandingan, manakala pasukan Medi-X dinobatkan sebagai Naib Johan. Tempat Ketiga Bersama pula disandang oleh pasukan GG dan Venom ILKKM Sibu.
Penganjuran pertandingan ini diharap dapat terus menjadi platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan bola jaring serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti setempat melalui penglibatan aktif dalam aktiviti sukan.
#JBSNKomited #JBSNBersama #PBSBSibu #TeamJBSN #JBSNSarawak #TeamKBS #LSK2026
