- JBS Sarawak
- Hits: 47
Wheeltrak Tyre (M) Dominasi Acara Bola Tampar Lelaki Liga Sukan Komuniti 2026 Peringkat Bahagian Sibu
- JBS Sarawak
- Hits: 47
Disediakan oleh : MNI, PBSB Sibu
SIBU, 13 Jun 2026 – Pasukan Wheeltrak Tyre (M) muncul juara acara Bola Tampar Lelaki Liga Sukan Komuniti 2026 Peringkat Bahagian Sibu selepas menewaskan pasukan SMK Tung Hua A dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Sibu Volleyball Indoor Stadium.
Perlawanan akhir yang berlangsung dalam suasana penuh kompetitif dan semangat kesukanan itu menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi berkualiti tinggi. Wheeltrak Tyre (M) berjaya bangkit dan menampilkan permainan yang lebih konsisten untuk mengesahkan kejuaraan selepas mengatasi tentangan sengit daripada SMK Tung Hua A.
Melalui penganjuran program seperti ini, Kementerian Belia dan Sukan berharap lebih ramai masyarakat khususnya golongan belia akan terlibat secara aktif dalam aktiviti sukan dan rekreasi, sekali gus menyumbang kepada pembentukan komuniti yang sihat, bersatu padu dan sejahtera selaras dengan agenda pembangunan Malaysia MADANI.
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pn Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu bersama En William Ketua Teknikal wakil Sibu Volleyball Association, yang turut merakamkan penghargaan kepada semua pasukan, serta semua pihak menjayakan pertandingan LSK tahun 2026.
Keputusan Akhir Bola Tampar Lelaki Liga Sukan Komuniti 2026 Peringkat Bahagian Sibu:
Johan – Wheeltrak Tyre (M)
Naib Johan – SMK Tung Hua A
Tempat Ketiga bersama – Voleyball Sg Merah
Tempat Ketiga Bersama – 9 Briged
#JBSNKomited #JBSNBersama #PBSBSibu #MalaysiaMadani #TeamJBSN #JBSNSarawak #TeamKBS #LSK2026
