Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 26 MEI 2025 – Pihak pejabat telah mendapat jemputan daripada Kelab Rekreasi Penjaga Hidupan Liar Sarawak bagi penyertaan pertandingan dart antara agensi 2025. Pertandingan dart tersebut turut melibatkan agensi luar selain daripada pihak pejabat.
Pertandingan ini telah berlangsung di Ibu Pejabat, Sarawak Forestry Corporation, Bintulu pada 10 Mei yang lalu. Objektif utama penganjuran ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim antara agensi serta meningkatkan semangat kesukanan melalui penganjuran sukan yang sihat.
Semoga dengan adanya penganjuran sukan seperti ini dapat memberi peluang kepada peserta dari pelbagai latar belakang untuk berinteraksi secara santai.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
- JBS Sarawak
- Hits: 41