- JBS Sarawak
- Hits: 21
NAGA ASMARA JUARA LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN KAPIT 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 21
Disediakan oleh: MCG, PBSB Kapit
SONG, 13 Jun 2026 – Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Kapit Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Gelanggang Futsal Song hasil kerjasama antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit (PBSB Kapit) bersama Kelab Sukan Rekreasi Gagasan Pekan Song.
Penganjuran kejohanan ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan komuniti, mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk setempat. Kejohanan tersebut telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan pasukan-pasukan dari sekitar Bahagian Kapit yang mempamerkan semangat kesukanan dan persaingan yang sihat sepanjang pertandingan berlangsung.
Selepas melalui beberapa perlawanan yang sengit dan kompetitif, pasukan Naga Asmara berjaya muncul sebagai juara Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Kapit 2026. Kejayaan ini melayakkan pasukan tersebut untuk mewakili Bahagian Kapit ke Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak yang dijadualkan berlangsung di Kuching pada bulan Julai 2026.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kelab Sukan Rekreasi Gagasan Pekan Song, para peserta, pegawai pertandingan serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan kejohanan ini.
Diharapkan kejayaan penganjuran program seumpama ini akan terus menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan komuniti di Bahagian Kapit serta melahirkan lebih ramai atlet berpotensi untuk mewakili bahagian dan negeri pada masa hadapan.
#JBSNKomited
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#TeamJBSN
#TeamKBS
#PBSBKAPIT
