- JBS Sarawak
- Hits: 22
LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN KAPIT 2026 BERLANGSUNG MERIAH
- JBS Sarawak
- Hits: 22
Disediakan oleh: MCG, PBSB Kapit
KAPIT, 13 Jun 2026 – Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Bahagian Kapit 2026 telah berlangsung dengan jayanya di SMK Selirik pada hari ini hasil kerjasama antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit (PBSB Kapit) bersama Persatuan Bola Jaring Kapit.
Penganjuran kejohanan ini bertujuan menggalakkan penglibatan komuniti dalam aktiviti sukan, memupuk gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta dan masyarakat setempat.
Sebanyak beberapa pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan dan persaingan sihat. Pasukan Gazellope telah muncul sebagai juara selepas mempamerkan aksi cemerlang sepanjang kejohanan berlangsung. Kejayaan tersebut melayakkan pasukan Gazellope mewakili Bahagian Kapit ke Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan di Kuching pada bulan Julai nanti.
Pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada Persatuan Bola Jaring Kapit, para pegawai pertandingan, peserta serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini. Diharapkan kejohanan seperti ini akan terus menjadi platform pembangunan sukan komuniti dan melahirkan lebih ramai atlet berbakat pada masa hadapan. Tahniah kepada pasukan Gazellope atas kejayaan yang dicapai dan selamat maju jaya mewakili Bahagian Kapit di peringkat negeri.
#JBSNKomited
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#TeamJBSN
#TeamKBS
#PBSBKAPIT
