DNC Dinobatkan Sebagai Juara Kejohanan Bola Jaring Wanita Liga Sukan Komuniti Bahagian Mukah 2026

DNC Dinobatkan Sebagai Juara Kejohanan Bola Jaring Wanita Liga Sukan Komuniti Bahagian Mukah 2026

Disediakan oleh : Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 15 JUN 2026 – Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti Bahagian Mukah 2026 telah berlangsung pada 13 Jun 2026 di Dewan Serbaguna Politeknik Mukah baru-baru ini menyaksikan sebanyak 12 pasukan telah terlibat. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan kerjasama Majestic Netball Club ini bertujuan meningkatkan penglibatan komuniti dalam sukan yang berkaitan selain memupuk perpaduan dalam kalangan komunti setempat.

Kejohanan tersebut menyaksikan pasukan DNC telah menjuarai saingan di peringkat akhir menentang PMU Riftborn dengan kiraan mata 10-9 masing - masing merangkul hadiah wang tunai RM 500.00 dan RM 300.00 beserta pingat. Pasukan johan dan naib johan akan mewakili bahagian Mukah ke peringkat Sarawak yang diadakan di Kuching  pada 18 Julai 2026. Tempat ketiga bersama masing-masing telah dimenangi pasukan  Pretty Flowers dan Forty Three Eagles. Hadiah kemenangan telah disampaikan Yang Berhormat Tuan Royston Valentine, ADUN N.57 Tellian. Hadir sama Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 26-06-2026, 15:49:42

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search